Sunday, January 25, 2009

Tanya Sama Pokok















Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


gila mmg aku minat btol gn lagu neh..
teringat zaman dolu-dolu
time comel-comel tgah korek idung lg xD

lagu nie digunakan time kisah silam aku berlakon jadi pokok atas pentas untuk hari kanak-kanak sedunia kt skola rendah

*aku stil x phm knape aku yg kne jd pokok untuk pementasan tu

5 comments:

  1. sbb kmu comel..huhu =]

    ReplyDelete
  2. pementasan?.. nk tgk gamba...ade x?..

    ReplyDelete
  3. pokok tu pemulaan citer..so ko lah penggerak citer ni~

    ReplyDelete
  4. hehe
    watak pokok pn jadi la ye
    :)
    sgt klasik lgu ni
    ;)

    ReplyDelete
  5. salam singgah,
    klasik betul lagu ni. nostalgia.

    ReplyDelete